Monday 29 August 2016

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Perpustakaan Desa Kampung Bongor Kudong ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.
Pakat beramai-ramai memeriahkan Sambutan Kemerdekaan yang bakal dijalankan pada esok pagi di bandar Kangar.

Aktiviti : Perbarisan kontijen dari Jabatan /Agensi kerajaan dan swasta dan Persembahan koir





Mari kita menghayati sajak hasil Nurkilan Penulis tersohor A.Samad Said



Kad Ucapan Sempena Hari Sahabat Sedunia



Perpustakaan Desa Kg Bongor Kudong sentiasa menjalankan aktiviti kepada pengunjung yang datang ke perpustakaan. Aktiviti pada bulan ini ialah kad ucapan sempena hari Sahabat Sedunia.



Remaja begitu tekun menyiapkan kad ucapan mereka


Adik Haidar begitu bersemangat menyiapkan kad ucapan


Ia merupakan aktiviti yang mudah dan begitu menyeronokkan. Tujuan Aktiviti ini dijalankan untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke perpustakaan desa.

Monday 22 August 2016

BLOG DALAM PROSES PENAMBAHBAIKKAN

Blog ini dalam proses penambahbaikan dari masa ke semasa.Kepada pengunjung blog ini diharap bersabar menanti info terkini .Harap Maaf.


Aktiviti PD Bongor Kudong Sempena Hari Kebangsaan 2016

Perpustakaan Desa Bongor Kudong sememangnya aktif menganjurkan aktiviti dan pertandingan, terutamanya bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan. Bagi tahun 2016, antara aktiviti yang dijalankan di Perpustakaan Desa Bongor Kudong adalah Teka Silangkata Mudah. 


Remaja yang seronok melakukan aktiviti teka silangkata


Aktiviti berkumpulan mampu memberikan kesan yang lebih baik


Ia merupakan aktiviti yang mudah dan ringkas. Tujuan aktiviti ini dijalankan ialah kerana ingin memupuk semangat patriotik dikalangan remaja masa kini. Diharapkan semoga melalui aktviiti seperti ini, mampu memberi pengetahuan kepada remaja mengenai kepentingan sambutan Hari Kebangsaan. Selamat Hari Kebangsaan. Sehati Sejiwa.



Thursday 18 August 2016

KURSUS MEMBINA BLOG

Kursus Membina blog uutuk staff Zon 4.

Tarikh: 18/8/2016
Tempat : Perbadanan Perpustakaan awam Negeri Perlis
Masa : 9.00 pagi - 12.30 Tengahari


Kursus ini berjalan dengan lancar.