KATA ALUAN

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera

Sukacitanya dimaklumkan sebuah blog untuk perpustakaan Desa Kampung Bongor Kudong telah siap dibina oleh petugas PD. Di dalam blog ini pelbagai maklumat telah disediakan kepada semua pengguna PD. Antaranya ialah carta organisasi PD, jadual waktu perkhimatan, aktiviti yang berlaku sepanjang tahun serta pelbagai lagi.Pengguna boleh mendapat pelbagai info terkini melalui blog ini.
Adalah menjadi harapan blog yang dibangunkan dapat mencapai matlamat untuk memberi maklumat kepada komuniti dan masyarakat tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh setiap PD. Kualiti dan kreativiti yang tinggi pada blog sudah pasti akan dilihat menarik oleh pengguna dan seterusnya memberi rasa bangga kepada petugas PD.

Terima kasih
Norhafizah Abdullah

Bongor Kudong Perlis

No comments:

Post a Comment