PROFILE KAMPUNG



1.   SEJARAH KAMPUNG


 Sejarah Kampung Bongor Kudong


Sejarah terciptanya nama kampung ini mengikut keterangan daripada Tuan Hj. Salleh Bin Hussin yang merupakan salah seorang peneroka dan penduduk asal Kampung Bongor Kudong.
Pada masa kehadiran Abbas Bin Nu dan keluarga serta pengikutnya, kampung ini dipenuhi dengan hutan pokok gelam dan pokok bongor. Ketika sampai di satu kawasan  yang dipenuhi pokok bongor terdapat sepohon pokok bongor yang kedudukannya kudung tanpa ada kesan cantasan dengan parang ataupun kapak.
Bersempena dengan keajaiban kejadian itu dan kebesaran Allah SWT, peneroka yang diketuai oleh Abbas Bin Nu telah menamakan kampung ini dengan nama “ KAMPUNG BONGOR KUDONG



 A)   KAMPUNG-KAMPUNG SEKITAR

Ø  Kampung Bendang Baru
Ø  Kampung Padang Petani
Ø  Kampung Serdang
Ø  Kampung Chantek Bangun
Ø  Kampung Tebok
Ø  Kampung Che Ok
Ø  Kampung Bunga Emas

Gambar Kampung





 B)   POPULASI PENDUDUK

a)    Info penduduk

Ø  Bilangan penduduk                      : 810 orang
Ø  Pecahan Bilangan penduduk      : Perempuan     =  394 orang
   Mengikut jantina                             Lelaki             =  416 orang

Ø  Pecahan bilangan penduduk mengikut umur

UMUR
LELAKI
PEREMPUAN
60 tahun ke atas
10 orang
14 orang
40 – 59 tahun
65 orang
103 orang
18 – 39 tahun
119 orang
122 orang
13-17 tahun
140 orang
137 orang
6 - 12 tahun
31 orang
29 orang
0 – 5 tahun
19 orang
21 orang

Ø  Komposisi penduduk
-       Bangsa : Melayu  =100%
-       Agama  : Islam
-        
Ø  Pekerjaan penduduk
-       Kakitangan
-       Kerajaan,
-       Petani, 
-       Peniaga,
-       Bekerja Sendiri,
-       Buruh

C)   INFO SETEMPAT

  1. Pertanian
-          Penanaman padi
-          Penanaman mempelam,pisang,tebu

  1. Perniagaan
-          Kedai runcit
-          Gerai makan
-          Kedai makan
-          Kedai menjual sayur/ikan
-          Pengusahaan sarang burung walid

  1. Automotif
-          Bengkel kereta

  1. Sumber maklumat
-          Perpustakaan desa
-          RTC (Internet)

5.    Tempat permainan
-             Gelanggang futsal
-             Gelanggang takraw
1.    Pengilangan
-          Kilang padi


D)   JKKK

LOGO KAMPUNG BONGOR KUDONG


Nama Kampung
Kampung Bongor Kudong,02700 Simpang Empat Perlis

Dewan Undangan Negeri
Sanglang (N15)

Ahli Dewan Undangan Negeri
YB. Tuan Mohd  Shukri  Bin Ramli

Parlimen
Arau (P3)

Ahli Parlimen
YB Datuk Sri Shahidan b. Kassim

Tarikh Mula Diteroka
Pada Awal Tahun 1920

Nama ketua kampung Yang pertama
Abbas Bin Nu

Senarai ketua kampung yang telah
mentadbir kampung ini

1. Abbas Bin Nu
2. Lebai Saad Bin Yaiyib
3. Jusoh Bin Saad
4. Abdul Razak Bin Che Man
5. Salim Bin Hassan
6. Hj. Abdullah Bin Hj. Hassan


CARTA ORGANISASI




E)   BELIA

Ø  Kegiatan belia di Kampung ini di waktu lapang ialah mereka menjalankan aktiviti riadah iaitu bermain futsal, sepak takraw dan sepak raga bulatan. Aktiviti ini dijalankan setiap hari bermula dari pukul 6.00 petang. Mereka bermain digelanggang futsal dan takraw yang telah disediakan di kampung ini. Dengan adanya aktiviti riadah ini, ia dapat mengisi masa lapang mereka dengan perkara berfaedah serta dapat menjaga kesihatan masing-masing. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk kampung. Selain belia, dewasa dan kanak-kanak juga turut mengikuti aktiviti riadah ini.

F)   WANITA


Ø  Kegiatan wanita di Kampung ini di waktu lapang ialah mereka menjalankan aktiviti gotong –royong untuk membersihkan kawasan rumah dan kampung. selain itu wanita di kampung ini banyak menjalankan aktiviti berniaga gerai makanan. Mereka membuka gerai makanan di hadapan rumah masing-masing. Selain itu, mereka juga kerap mengadakan perjumpaan bersama-sama. Aktiviti ini, dapat mengisi masa lapang mereka dengan perkara berfaedah. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan diantara penduduk kampung


          2)     KEUSAHAWANAN

          i) Jenis peniagaan

Ø  Kedai runcit
Ø  Gerai makan
Ø  Kedai makan
Ø  Kilang padi
Ø  Bengkel kereta
Ø  Pengusahaan sarang burung walid


3. KEMUDAHAN ASAS

i)     Kemudahan asas yang terdapat di Kampung :-

Ø  Bekalan air
Ø  Elektrik
Ø  Masjid
Ø  Surau
Ø  Telefon awam
Ø  Dewan
Ø  Jalan bertar
Ø  Lampu jalan


4.   PERTANIAN

1.    Kegiatan pertanian yang dijalankan
Ø  Padi
Ø  Buah- buahan (mempelam/pisang)
Ø  Tebu

2.    Jenis pertanian yang dijalankan
Ø  Pertanian sara diri
Ø  Komersial

3.    Kawasan pertanian
Ø  Sawah padi
Ø  Tanaman mempelam

4.    Luas kawasan pertanian

Ø  Sawah padi – 300 relong keseluruhan(anggaran kasar)


5.    KESIHATAN

i) Nama Pusat : Klinik Desa Serdang
           
ii) Jenis rawatan yang disediakan :
Ø    Klinik ibu mengandung
Ø    Klinik kanak- kanak
Ø    Perancang keluarga
Ø    Pemeriksaan Pap Smear
Ø    Perkhidmatan mencuci luka yang tidak serius

iii) Fungsi :
Ø  Memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.
Ø  Memberi maklumat mengenai kesihatan,

iv) Unit Kecemasan
Ø  Memerima panggilan juka terdapat kes – kes kecemasan seperti   
      perempuan bersalin.

 v) Waktu operasi
Ø  Isnin hingga Jumaat
     8.00 Pagi – 5.00 Petang
Ø  Sabtu dan Ahad
     Stand- by  ( panggilan kecemasan)

 vi) Alamat : Klinik Desa Serdang,
                     02700 Simpang Empat, Perlis.
     No Telefon : 04-9809720
             

6. PENDIDIKAN


i) Tadika, sekolah rendah/ sekolah Menengah:-

Ø  Nama : Tadika Kemas Kampung Bongor Kudong
                       Alamat : Tadika Kemas kampung Bongor Kudong,
                                     02700 simpang Empat, Perlis

Ø  Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kampung Serdang
                       Alamat :    Sekolah Kebangsaan Kampung Serdang    
                                       02700 Simpang Empat, Perlis

Ø  Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Simpang Empat
                       Alamat :    Sekolah Kebangsaan Simpang Empat    
                                       02700 Simpang Empat, Perlis

Ø  Nama sekolah : Sekolah Menengah Syed Ahmad
            Alamat            : Sekolah Menengah Syed Ahmad
                                      02700 Tambun Tulang, Perlis

Ø  Nama sekolah : Sekolah Menengah Syed Saffi
            Alamat            : Sekolah Menengah Syed Saffi
                                      02700 Simpang Empat, Perlis



7. KESELAMATAN

i)             Nama Pusat: Pusat rukun tetangga


ii)             Nama Balai Polis : Balai Polis Simpang Empat

 Alamat : Balai polis Simpang Empat

               02700 Simpang Empat, Perlis.


8. INTERNET

A) Rural Tranformation Center (RTC)
i) Pengenalan  tentang Rural Tranformation Center (RTC)

Rural Tranformation Center (RTC) merupakan salah satu kemudahan yang dapat   digunakan oleh semua pengguna di Kampung Bongor kudong yang menyediakan perkhidmatan ini.

ii) Perkhidmatan yang disediakan
Ø   Internet / multimedia

iii) Lokasi :
Alamat  : Rural Tranformation Center (RTC)
                     Kampung Bongor Kudong,
                        02700 Simpang Empat, Perlis

No comments:

Post a Comment